Urus KokurikulumPlatform kokurikulum
Bantuan

Soalan lazim

Jawapan kepada soalan yang kerap ditanya tentang Urus Kokurikulum.

Apakah Urus Kokurikulum?

Urus Kokurikulum ialah sistem pengurusan kokurikulum dalam talian untuk sekolah: keahlian unit, kehadiran, aktiviti, pencapaian, PAJSK dan dokumen rasmi di satu tempat.

Bagaimana sekolah saya boleh mendaftar?

Klik "Daftar sekolah" di halaman utama dan isi borang pendaftaran menggunakan e-mel rasmi sekolah. Selepas e-mel disahkan dan pendaftaran diluluskan, Pentadbir Utama akan menerima maklumat log masuk.

Saya guru. Bagaimana nak log masuk?

Guru log masuk melalui laman sekolah masing-masing, bukan di halaman utama ini. Cari sekolah anda di Direktori menggunakan kod sekolah KPM atau nama sekolah.

Adakah data sekolah kami selamat?

Ya. Data setiap sekolah diasingkan dan maklumat peribadi disulitkan dengan kunci sekolah sendiri. Pentadbir wajib menggunakan pengesahan dua langkah (2FA) dan setiap tindakan direkod dalam log audit.

Apakah perbezaan pakej Free dan Pro?

Pakej Free mempunyai had bilangan murid dan pengguna aktif. Pakej Pro membuka semua ciri tanpa had. Sekolah baharu mendapat Pro percuma untuk tempoh percubaan.

Bagaimana cara membayar langganan Pro?

Pentadbir sekolah boleh membayar di menu Langganan melalui:

  • FPX / perbankan dalam talian
  • pindahan bank atau pesanan belian (PO)
  • tajaan PPD

Tidak jumpa jawapan?

Guru dan pentadbir sekolah boleh menghantar tiket melalui menu Sokongan di laman sekolah masing-masing. Pertanyaan umum: [email protected]

Cari sekolah anda