Keahlian & penempatan
Kelab, persatuan, badan beruniform dan sukan. Import murid dari Excel, tetapkan jawatan AJK, semak murid yang belum ditempatkan.
Keahlian unit, kehadiran perjumpaan, aktiviti, pencapaian murid, PAJSK dan surat rasmi — dalam satu sistem untuk guru penasihat, guru kelas dan pentadbir sekolah.
1 sekolah menggunakan Urus Kokurikulum.
Guru penasihat merekod di unit sendiri, guru kelas menyemak penempatan, pentadbir melihat gambaran seluruh sekolah.
Kelab, persatuan, badan beruniform dan sukan. Import murid dari Excel, tetapkan jawatan AJK, semak murid yang belum ditempatkan.
Rekod kehadiran setiap perjumpaan, laporan aktiviti bergambar dan minit Mesyuarat Agung Tahunan unit.
Markah penglibatan, jawatan dan pencapaian dikira mengikut garis panduan SM/SR, dengan laporan kelas dan murid.
Surat perlantikan guru, surat kebenaran ibu bapa, laporan dan carta organisasi — sedia dicetak.
Takwim sekolah dengan eksport .ics, hebahan kepada guru dan pengumuman di laman awam sekolah.
Setiap sekolah mendapat ruang tersendiri berdasarkan kod sekolah KPM: https://uruskokurikulum.cc/KODSEKOLAH/
Sekolah baharu mendapat Pro percuma 30 hari.
RM100.00 / tahun / sekolah
Semua ciri, tanpa had murid atau pengguna.
Bayar melalui FPX, pindahan bank / pesanan belian (PO) atau ditaja PPD.
Direka mengikut prinsip PDPA: simpan sesedikit mungkin, sulitkan apa yang disimpan, rekod setiap tindakan.
Setiap sekolah mempunyai kunci penyulitan sendiri. No. telefon dan no. pengenalan disimpan tersulit dan tidak boleh dipadankan dengan sekolah lain.
2FA wajib untuk pentadbir, kata laluan kuat dan had cubaan log masuk untuk semua akaun.
Setiap tindakan direkod dalam rantai log bertandatangan — pengubahan atau pemadaman dapat dikesan.
Sekatan IP automatik, senarai IP pentadbir dan CAPTCHA menghalang percubaan meneka kata laluan.
Sandaran berkala disulitkan sebelum disimpan di luar pelayan. Integriti fail aplikasi disemak secara automatik.
Jumpa kelemahan? Laporkan secara sulit melalui borang laporan keselamatan.